Sunday, November 2, 2008

petua - petua

ASSALAMUALAIKUM...

Percayakan kita dengan petua - petua yang diturunkan dari generasi nenek moyang kita dulu.
Jawapan nyer adalah kita patut cuba kerana ianya banyak manfaat yang kita pelajaran walaupun ada sesetengah golongan mengatakan ianya sekadar cakap- cakap.:_

Bersama sama ini saya kongsi / dedahkan akan kebenaran / mujarab petua -petua.:_

PETUA 1
________

Sesetengah kaum ibu akan mengeluh apabila "anak'' mereka meragam dan menggangu tidur si ibu dan ayahnya .tetapi adakah pernah mereka mencuba akan petua nenek moyang .... . Tidak dinafikan lah sekarang dari segi kemudahan klinik dan hospital canggih.tetapi saya nak kongsi petua. Berkemungkinan si bayi tadi kembung. gunakan 2 / 3 ulas bawang merah dan bawang putih dan dibakar sehingga hanggus serta dicampurkan dengan sedikit minyak masak dan biarkan bancuhan agak suam. dan disapukan ke perut bayi tadi dan di belakang serta tapak kaki .yang penting pati bancuhan tadi dletakan sedikit kedalam pusat bayi ...insyaallah ianya mujarab..



PETUA 2
_________


Mungkin kita pernah alami pendarahan hidung secara tak sengaja. apabila tersebut pasal darah mungkin ramai yang telah panik dan terpaku .jika boleh gunakan daun sirih dilipat kecil dan dimasukan kedalam hidung dan donggakkan sehingga darah
berhenti.Insyallah amat mujarab.




PETUA 3
________


Mengamalkan meminum madu lebah sebenarnya amat baik kerana ianya mengandungi manisan yang asli bukan seperti gula. Tetapi sejauh man kita tahu madu yang kita minum itu asli. masukkan dua atau tiga jambak bunga cengkih kedalam botol dan simpan di dalam peti ais. kesannya madu tadi tidak akan membeku. dan sekiranya ia beku madu tadi telah di campur dengan air manisan.




PETUA 4
_______

Dalam pemakanan harian kta seimbangkan badan kita dengan vitamin , karbohidrat dan pelbagai "suplimentary Food"termasuk makan daging dan ikan.Sekiranya kita tercekik tulang ikan .Kita ambil sedikat sedikit nasi dan buatkan seperti bebola ikan beberapa ketul dan cuba telan ketulan tadi. insyalla tulang tadi akan terkeluar sama ada kita termuntah atak ianya keluar melalui najis.



PETUA 5
_______


Anak- anak sering terkena exzos moto yang panas dan inya melecur.Basuhkan tangan atau kaki anak yang terkena exzos atau bahan panas dengan air lebih kurang 5 minit seterusnya letakan kicap makan keatas tempat tang melecur dan jangan balutkan kerana kicap akan mengurang sakit . dan biarkan sehingga kering .(seelok-eloknya selepas terkena aje bahan panas teruskan sapukan kicap sebelum membuat rawatan selanjutnya.


PETUA 6
________

Hilangkan Daki Di Badan
Melansingkan Badan
Rendam segenggam beras selama satu jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian bilas dengan air suam. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.
Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki
.


Melansingkan Badan
Rendam segenggam beras selama satu jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian bilas dengan air suam. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.
Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.
Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan tapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.

Tumbuk segenggam cekur manis. Campurkan dengan sedikit tepung beras, sedikit asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit garam. Kemudian campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air itu 2 kali sehari.










No comments: