ANGIN AHMARPelbagai andaian dibuat mengenai tahap keseriusan penyakit angin ahmar atau strok. Ada yang mengklasifikasikan penyakit itu antara 5 pembunuh paling berbahaya di negeri ini. Sekalipun ada pelbagai pendapat menjelaskan penyakit angin ahmar, yang nyata ia boleh membunuh secara senyap dan tanpa amaran.
Mengenali tanda awal serangan angin ahmar mungkin membantu anda mengatasi akibat buruk yang bakal dialami apabila diserang, terutamanya kecacatan. Angin ahmar boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama lelaki yang kuat merokok.
Kebanyakan pesakit tidak menyedari dan mengambil berat tanda awal itu. Pelbagai kempen dibuat supaya orang ramai peka dan mengambil langkah pencegahan seperti mana dilakukan oleh PERSATUAN NEUROSAINS MALAYSIA dalam risalah terbitan Sanofi bertajuk Memahami PenyStrok terbahagi kepada 2 jenis:
PendarahanStrok jenis pendarahan jarang berlaku, tetapi ia lebih berbahaya dan mendedahkan pesakit kepada ajal, manakala peluang pemulihan sepenuhnya sangat tipis. Strok disebabkan pendarahan terdedah kepada golongan muda yang berusia dalam lingkungan 20 dan 30 tahun. Strok jenis ini berlaku apabila wujud pendarahan antara lapisan otak dan di dalam otak sendiri.
Salur darah tersumbat.Strok akibat penyumbatan salur darah lebih kerap berlaku pada individu berusia 60 tahun ke atas. Strok jenis ini wujud apabila saluran darah ke otak mengalami kesumbatan. Aliran darah akan menjadi perlahan dan membentuk gumpalan di dalam saluran darah yang tersumbat dan ini menghalang pengaliran darah ke otak.akit Angin Ahmar.
SimptomLumpuh sebelah badan, sama ada kanan atau kiri. Jika strok membabitkan otak kiri, pesakit akan lumpuh sebelah kanan dan jika strok berlaku pada otak kanan, pesakit lumpuh di sebelah kiri.
Pesakit mengalami kesukaran bertutur apabila strok membabitkan otak kiri.
Tidak bermaya.
Pandangan atau penglihatan menjadi kabur.
Sakir kepala.
Kebas.
Sukar menelan.
INSOMNIA
Kita semua pernah mengalami insomnia atau sukar tidur, tetapi biasanya bersifat sementara. Gangguan ini menjadi masalah besar bila terjadi setiap malam. Setiap orang mempunyai keperluan waktu tidur yang berbeza. Sebahagian orang cukup dengan hanya tidur selama 4 ~ 5 jam setiap malam sedangkan yang lain perlu paling tidak 8 jam. Masalah insomnia bukan bererti kurangnya masa waktu tidur sahaja tetapi yang lebih penting adalah kualiti tidur yang kita lalui dan sejauh mana dapat beristirehat dari tidur tersebut.
PUNCA-PUNCATekanan di rumah atau di tempat kerja.
Perubahan pola hidup seperti pindah rumah
Lingkungan yang ramai dan tidak nyaman untuk tidur.
Penyakit yang menyebabkan sesak nafas atau sering buang air kecil.
Pertambahan usia.
Cemas dan murung (depresion)
TALASEMIATalasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang mengganggu pembentukan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah di dalam darah. Berikutan kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah.
Paras Hb diukur dengan unit gram bagi setiap deciliter darah (g/dl). Pesakit talasemia sering menunjukan paras Hb yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.
Ada dua jenis talasemia iaitu talasemia minor (pembawa baka) dan talasemia major (seseorang yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dikenali sebagai penghidap talasemia).
Sel darah merah yang normal berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Paras Hb yang rendah akan menyebabkan pesakit berasa lemah, lesu, kurang bermaya dan mungkin sesak nafas jika paras Hb semakin menurun.
Jika anemia itu sangat teruk, seperti dalam kes talasemia major, pembesaran kanak-kanak itu akan terbantut dan jika tiada rawatan, kanak-kanak itu boleh menemui maut.
Talasemia boleh ditemui di kalangan penduduk seluruh dunia, terutama di negara Asia dan Mediterranean. Di Malaysia, jumlah pembawa baka talasemia ialah di antara 600,000 dan 1 juta daripada jumlah keseluruhan penduduk.
Ubat-ubatan lain yang diperlukan pesakit talasemiaKanak-kanak yang menghidap talasemia major selalunya diberi ubat asid folik atau folate. Pil asid folik diperlukan kerana ia membantu pembentukan sel darah merah.
Vitamin C pula diberi hanya kepada kanak-kanak yang menerima desferrioxamine. Selain itu, antibiotik penicillin juga diberi kepada pesakit yang menjalani pembedahan mengeluarkan organ limpa. Penicilin perlu diberi kerana daya ketahanan pesakit kepada kuman tertentu adalah kurang selepas organ limpa itu dikeluarkan.
Justeru, antibiotik itu perlu diberi sebagai usaha pencegahan
TEKANAN DARAH TINGGITekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan tekanan darah yang menunujukkan di atas 140/90 mmHg (milimeter raksa). Cenderung diturunkan dalam keluarga dan lebih banyak terjadi pada orang tua. Keadaan ini tidak boleh disembuhkan mengikut perubatan moden tetapi boleh disembuhkan dengan perubatan herba.
Tanda-tanda terukStroke
Kegagalan jantung
Kerosakan ginjal