Sunday, April 24, 2011

SABAR DGN RAGAM ANAK2

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).

Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW

pesanan buat isteri

Tips Untuk Sang Isteri 1. Wajib bagi seorang isteri: i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya. Keterangan: Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan s...enyuman untuk suami bagi keharmonian rumahtangga. Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh nasihati suami dengan hikmah. ii. Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya. Keterangan: Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau menghargainya. iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun diatas belakang unta) Keterangan: Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa suami di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku. Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila suami minta. iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami maka si siteri akan dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali. Keterangan: Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami. Sesungguhnya duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu. 2 Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: " Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua makhluk di muka bumi." 3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya. 4. Saidatina Aishah r.a berkata: "Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya." 5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga orang yang tertolak solatnya oleh ALLAH dan tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah: i. Hamba yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali. ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah dia dimaafkannya. iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali." 6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'Tidak pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali', maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya". Keterangan: Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah,